
hi,untuk band of the week minggu nie akan close up dengan band yang diberi nama statik,adakah band ini ada kaitan dengan subejk sains atau fizik? hahaha ok la,Statik berasal dari Skudai, Johor Bahru(ya i luv jb huhu), dan ditubuhkan pada tahun 2004, dimana antara line up diaorang yang dulu ialah Enol dan Hassan. Ketika itu Enol dan Hassan juga mempunyai komitmen bersama The Official. Oleh kerana itu, Statik hanyalah sekadar side projek je pada mereka, dan asyik pertukaran line-up je . Setelah lama berjuang dengan The Official, mereka berundur dari The Official pada tahun 2007.time tu plak , Haziq iaitu adik kepada vokalis The Official pula mempunyai komitmen bersama band yang ditubuh olehnya sendiri iaitu The Related, namun atas sebab-sebab tertentu, Haziq membubarkan The Related. Setelah masing-masing tiada ikatan pada mana-mana band, mereka bertiga mula berkerjasama untuk menghidupkan semula Statik.pastu start pada Julai 2008, Statik kembali aktif, dan sehingga kini, dengan gabungan idea,tenaga,ilham dan segala macam elemen mereka bertiga setelah masing-masing melalui pengalaman bermain muzik dalam band-band tertentu. sekarang nie Statik dianggotai oleh Haziq @ Bagak sebagai vokalis dan gitaris dan ketua bagi band nie r, Pendi sebagai gitaris, Hassan @ Elektro Statik sebagai bassis, dan Enol sebagai pemain drum.

No comments:
Post a Comment